Sunday, 26 May 2013

Leganya Hati Seketika

Leganya hati? Kenapa? Okay, macam ni. Rosnani Khalid, (ex-ofismate semasa berkhidmat di Ideal Jupiter Sdn Bhd) pun turut ambil Ujie's Collection sebagai wedding planner. Same goes to me.
Yang menjadi kerisauannya, seminggu sebelum majlis berlangsung, baju kahwinnya bukan setakat belum siap jahit, malah belum potong ape2 pun lagi!! Hu Ya Allah~~~~~~~ Aku sendiri naik cuak ohh.. Mana tak nye, nanti kalau Kak Ujie pun buat macam tu jugak untuk baju aku, camne?? Ya ampunnnnn... Kesian Nani, die dah tak tahu nak cakap ape.. pasrah je.. Dalam masa yang sama, aku sendiri rasa nak marah, tekanan untuk pengantin memang maha tinggi la kalau dah saat2 akhir macam tu, baju pengantin sebagai prop paling utama pun belum sahih kewujudannya. "alahhh..ko jangan risau leee.. dalam masa 1 hari pun sempat nye siap baju tu.." lebih kurang macam tu la katenya Kak Ujie. Okay, Nani pasrah dan aku sendiri berpegang pada kate2 itu, dan kami mendoakan hasil yang terbaik akhirnye nanti.



Nahhh!!! Hasilnya, memang boom! Serius, bila waktu aku menjenguk ke bilik pengantin, baju pengantin yang pertama sekali kuamati. Sangat superb hasil tangan Kak Ujie, dan final touch untuk beading dan patching semuanya pada baju itu dibuat pada pagi sebelum majlis bermula. Wow! Gilerr last minit ko!!! Papepun, hasilnya yang penting. Aku berkali-kali memuji baju pengantin Nani. Dengan jujurnya aku turut meluahkan rasa risau ku berkenaan baju pengantin ku nanti kepada Kak Ujie. "ko jangan risau lerr Ain, ko tak payah pikir lebih2, takyah nak stress2..ko serah je kat akak,, akak tau la ape perlu buat.. Akak ni profesional tauuu! ko pikir, yang ko nanti jadi cantik macam princess je time bersanding nanti"... Iye.. memang Kak Ujie profesional jahit baju pengantin. So, berdasarkan result pada baju pengantin Nani, dapatlah aku menarik nafas lega seketika ini. InsyaAllah, semuanya akan baik-baik saje.. Amin ya Rabb...



Cantik kan? Tahniah sekali lagi Rosnani Khalid. Semoga kekal bahagia bersama Hafiz dalam membina jambatan ke syurga Allah. Amin ya rabbal'alamin...

 





No comments:

Post a Comment