Sunday 21 April 2013

BAJU MELAYU PUNYE AL-KISAHHHH……



Tajuk entry kemain lagi. Ape kisahnye? Hehe.. kisah lucu. 11/4/2013 lepas, Abam Botak datang untuk join meeting dengan wedding planner , Ujie’s Collection di Kuantan. Sebelum bergerak ke Kuantan tu, singgah dulu di Kedai Jahit Nash Collection (dalam Centre Point Kemaman) untuk tempah jahit baju akad nikah si Abam Botak tu dan persinggahan kedua adalah di butik Seri Mahligai Kemaman untuk buat down payment set canopy, meja dan kerusi. Aku dulu, berangan jugak nak baju akad nikahnye nanti same patern dengan baju akad nikah si Redza Shah Azmeer, suaminye Irma Hasmi tu. Malangnya, lupa nak print out gambar untuk bagi contoh kepada tukang jahit tu. Si Abam Botak pulak taknak baju melayunya ade sulam2. Nanti pakainya hanye sekali cuma, nak terus pakai untuk ke masjid pada waktu yang mendatang, tak tergamak katenye kalau bersulam2 bagai.. Pulakkkk… So, jahit simple macam biasa je la ye Encik Tailor.

Ape yang lucunya? Haaaaaa.. Si tukang jahit, a.k.a pekerja Uncle Nash tu ‘adik-adik’ gitteww.. Ape lagi, naik rimas la Abam Botak aku! Hahaha! Ok, korang cuba bayangkan ye, time ‘si adik-adik’  tu nak ukur labuh baju dari bahu ke bawah, Abam Botak ni pulak tunduk pandang ke bawah. Mungkin, ukuran yang tepat tidak dapat diukur dengan kedudukan body yang macam tu, boleh pulak ‘si adik-adik’ tu guna jari dia sendiri, tolak dagu Abam Botak untuk dongakkan kepalanya. Huh?? Hamboi ko,, ambik kesempatan nampak! Time ukur lilit dada pulak, ewahhhh lamenya. Aku tau la dada Abam Botak tu sasa. Ko ni sengaja je kan si bapuk! (actually, aku keras perut tahan gelak, sebab nampak sangat muka Abam Botak aku tu kerimasan! Hehehehe.. sabar By… sabar…). Part yang paling (aku tak tau la nak gune word ape untuk babak nih), part kemuncak lah kot, time ukur seluar. Ade satu babak tu, ‘si adik-adik’ tu boleh pulak ukur celah kangkang Abam Botak tu dengan tali pengukur tu! Harus saja aku kaget dong!! Nak je aku rentap tangan si bapuk tuh! Tapi aku cube cool.. mungkin itu memang part yang wajib untuk ambik ukuran seluar sebelum dijahit. Heh? Mungkin… mungkin….sebab aku tak pernah tengok & tau cara-cara nak ambik ukuran baju melayu camne…
Mata aku memang sharp terus memerhati ape yang ‘si adik-adik’ tu buat. Kot-kot la die bertindak melebihi batasan, genggaman padu tangan aku memang dah ready nak hingga muka dia! Tapi, Alhamdulillah, Abam Botak aku selamat… kihkihkih.. seriously, memang aku gelak sakan bile aku ingat balik pasal ni.. hahahaha! 

 
tengok, muke ko keras bang! hahaha

SAHABAT DUNIA & AKHIRAT

Selagi insan itu bernama manusia, pasti mempunyai 'sahabat'. Kecuali 'si kera sumbang'.. hahaha..
Kawan dan Sahabat.. Sama tapi tak serupa.. Ada bezanya. Kita boleh dapat kawan dimana sahaja kita berada. Tapi, tidak pada sahabat. Sahabat, orang yang turut menangis bersama tika kita sedang berduka. Bukan sekadar hanya tau bergelak senda tawa semata-mata.. Susah tak nak cari sahabat? yeahh.. Susah.. Tak ramai..

Antara lelaki dan perempuan, aku lebih rapat dengan kawan lelaki. Kenapakah? Pertama, mungkin sebab ketika aku dikandung dari dalam perut, mama mengharapkan jantina anak pertamanya sebagai lelaki.. Tup tup! nahhhh, gadis rupanya.. Mungkin kerana itu jiwa aku lebih senang bersama lelaki. hahaha. Well said, kawan pertama aku dalam dunia ni adalah lelaki. Elly name panggilannya.. Merupakan jiran lama dan kami berkawan sejak usia 1 tahun sampai 4 tahun.. Sekarang aku tak tau kat mana dah dia. Lost..
Kedua, kerana Kawan Perempuan ni ramai 'hati busuk' plus leceh lagi menyusahkan. Eh! main kasar nampak.. huhu.. Aku berani cakap macam tu sebab aku dah banyak kali kena 'step back' oleh Kawan Perempuan, since school until UiTM. Ooops!! Lepas habis UiTM pun ade lagi kot spesis parasit macam tu yang dah isap darah aku! ggrrrrrrrrrrrrrrr...

Okay, taknak membebel banyak sangat, let me introduce to you guys, my BESTFRIEND FOREVER (***drum beat***) ---- > JUJU!! Nama sebenarnya ialah Ahmad Azwan Bin Anwar aka JUWE aka TRIPLE A aka Nuwa Zeng aka Juwe Tahir aka Juwe Depp bla bla bla.. Koya la mung ni Juwe...Abih ambek ke mung blake orp! ahhahaha.

Sebagai intro, kita tayang gambar bajet semakjettak , bajet cool, bla bla bla.. hahhaa
Aku dan Juwe kenal dah bertahun-tahun.. Selama tempoh kami bersahabat ni, dah berapa orang awek yang Juwe duk tukar2, dah berapa orang bf dah masuk dalam list hidup aku.. (whoaaaa,, bajet hot lettewwww!) hahaha.. memang punnn... kan juwe kan? wahkaka! Well, it was so true.. well well well.. :p

Masa aku 'tertonggeng jatuh' dek kerana A.N, Juwe yang ada dengan aku. Hampir setiap minggu Juwe phone call thru skype (masa ni Juwe ade job dekat laut, Angola) bagi aku kata2 semangat, nasihat bla bla bla. Time ni aku tengah buat short course Polymer Technology Engineering kat TATiUC (in the middle of 2009).

WNS, ni short form name salah sorg awek Juwe. Yang aku tahu, time Juwe further course NDT kat UK, dorang pernah break kejap, & of course la mamat hati ada taman ni bertukar jadi lembah gersang jiwanya, sampai duk termenung tepi pagar saban hari. Sasa (Ahmad Nasaruddin - salah sorg ahli AWOK2 merangkap besfren Juwe sejak UiTM) yang menyampaikan khabar berita keadaan Juwe ketika 'jatuh tergolek2' di UK dulu. Dan si Juwe + WNS ni bersambung kembali. Aku lupa waktu yang tepat cinta dorg ni kembali bercantum, yang pasti sebelum Juwe pergi bertugas di laut Angola. Nak dijadikan cerita, entah macam mana aku boleh pegi 'stalk' si WNS tu, tup2 'pecoh borr!'. WNS main kayu tiga beb! Apa lageyyy, Ain Nazra bertukar jadi detektif tak bergaji la! huhu. Aku save semua gambar2 sebagai bukti kecurangan pompuan tak guna tuh. Mula2 aku ingat nak terus bagitau kat Juwe, then rase tak sedap hati. Aku rujuk kepada Sasa dulu. Ku ceritakan satu persatu. waduhhh, mengucap panjang si Sasa tengok gambar2 tu semua. Selepas berbincang, aku dan Sasa sepakat untuk rahsiakan dulu berita itu, sehingga Juwe selamat pulang bercuti ke tanah air. Lebih kurang sebulan dua jugak la aku peram rahsia tu jadi pekasam. huhu. Sebaik saje Juwe balik Malaysia, Juwe datang rumah, pick up aku pegi lepak kat MesraMall. Mase ontheway tu, die dah tak sabar2 nak tengok bukti. Aku dah naik cuak, almaklumlah, mamat ni tengah drive. Kang tak pasal2 die buat giler, tak ke naye aku terima bale sekali. Aku tahan, suruh die bersabar, tengok bile dah sampai rumah Aley, ehhhhh degil mamat nih.. nak jugak tengoknye.. nahhh hambek la ko! haaaa..terkeduuu seribu bahasa! memandu la sambil "berhujan"....gulp! aku yang hati terlalu gadis ni ape lagi, tumpang berderai jugak la.. sedih ok.. takpe Juwe..takpe.. biarkan je.. u are very nice man lorrr..just say this word -> NEXT PLIZZZ! gitewwww..



They are bestfriend!!

and we are bestfriend too!!



Antara episod air mata aku yang seterusnya pulak, mase aku putus cinta dengan S.I. Perghhhh, yang ni part yang paling teruk dalam hidup aku kot.. Kisah cinta yang tragis, putus-sambung-putus-sambung, ade la dalam 4 kali ulangan siaran kot. haha.. Well said, kisah cinta yang tragis, saban hari ade je air mata yang mengalir.. Sejak dalam perhubungan, sampai la terlerai putus di tepi jalan (memang putus tepi jalan punnn..haha), punya la banyak berat badan yang hilang..Lebih 10kg kottt.. Sampai la Juwe sound sokmo yang aku ni 'keding' 'skeping' bla bla bla..Kurang asam jawa betol!
Mase tu, aku betol2 'down'.. Menangis sepanjang mase..Berkurung dalam bilik, tak bercakap dengan family.. Bukan tak cuba untuk kuatkan diri..Tapi,tengah mengadap makan pun boleh menitis air mata.. Bila cuba untuk 'chill out' dengan family, tengah bergelak tawa bergurau senda tu, boleh pulak air mata ni mengalir tak pasal2..Sungguh jiwa aku kacau, fius otak dah lari time tu sampai aku tak boleh nak control diri sendiri.. Episod hidup yang memalukan.. hmmmm...
Syukur Alhamdulillah, seperti biase, aku tetap ada BFF di sisi - Juwe... Sungguh, Juwe antara sahabat yang utama, yang paling kuat bantu aku untuk pulih. Sepanjang tempoh die bercuti (sebulan lebih) saban hari die bawak aku keluar lepak makan minum, layan karaoke, main boling bersama geng-geng yang lain. Hampir setiap weekend ktorg pergi jalan jauh2.. Enjoy the weekend gate away at Bukit Tinggi, Genting Highlands.. Pergi ke Kg.Baru,KL hanya semata-mata untuk minum teh tarik! Have fun tempoh perjalanan yang panjang selama 12 jam lebih (dua hala - pergi dan balik dalam satu hari) hanya kerana untuk pergi lepak kat KB Mall,Kota Bharu! Lepak kat situ pun 2 jam je kott! hahahhaa.. Pergi makan sate nun jauhhhh kt Jabi,Setiu.. Adoyai.. Macam2 aktiviti travel yang gila ktorg dah buat.. hahahhaa..

AWOK2 yang giler2! hahaha







after midnight movie HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH



Dalam masa yang sama, Juwe jumpe chikaro baru pulakkk..hahaha.. Orang Marang.. Hurmm..Cantik..Chubby sket.. Dan semestinya seksi itu pilihan Juwe..hehehe.. Since episod pertama, muka surat pertama, plot ceritanya dah tak best.. Sasa jugak yang membawa khabar beritanya... Memang aku dan Sasa tak berkenan..Tapi, dah Juwe nak try jugak..Takpelah.. bagi ruang dan peluang untuk dia cari dan cipta bahagia dia... Memandangkan si perempuan itu adalah 'special girlfriend' Juwe, (if diorg panjang jodoh, bakal jadi isteri kepada sahabat baik aku la kannn), so, aku pun berbaik2lah dengan dia.. Begitu juga kawan2 yang lain. Tapi sayang,, sekerat jalan je la boleh buat baiknya.. Mane tak nye, tetibe pulak Minah tu cuba renggangkan relation persahabatan Juwe dengan rakan2 perempuan dalam group ktorg.. Hello Cik Kak, ko orang baru, dah la datang dengan 'cerita' yang x sedap didengar, tetibe pulak ko nk buat onar dalam persahabatan orang.. Kot ye pun ko jeles, hoiiiii.. Tak perlu okay.. Aku ni, yang jd PA Juwe, berkepit ke sana ke mari sekian lama, kalau aku nak Juwe ni jadi suami aku, dah lama dah jadinya.. dah ade anak kot... kalau ada salah sorg gurlz dalam group yang nak kat Juwe tu pun, tak perlu buang masa tunggu ko wujud dalam group la.. Dah lama orang sambar.. pffttt.. Dan akhirnya, mereka putus jua.. Bukan aku mendoakan kehancuran hubungan bestfriend aku sendiri, tapi aku tau Juwe adalah orang yang baik dan dia layak untuk terima pasangan yang lebih baik untuk dibuat isteri dari pilihan yang dia buat ketika itu.. Untuk masa depan dia jugak..

haaaaa..mase ni Juwe dah start wat penilaian kat Yusof kot...mungkin laaa.. haha

layan shisha, minum2..makan2... sukeeee...
Satu lagi antara faktor penting yang perlu aku hargai dan kenang jasa si Ahmad Azwan Anuar nih, sebab dia jugak lah yang membantu aku untuk buat pilihan antara calon2 suami ku.. Muahahahah! Curlass ko Kak Ton! Bajet hot sampai berderet candidate hantar borang kanss? Ehhem...okay okay.. serious.. Betul lah.. Tak tipu.. Tak bohong.. Sumpah! Juwe dan sepupu ku (Nurul Fatihah) yang bantu aku untuk buat keputusan memilih dan menerima Mohd Yusof Bin Awi sebagai calon suami yang mutakhir untuk masa depan ku, duniawi dan ukhrawi.. InsyaAllah, inilah pilihan yang terbaik untuk ku.. Amin ya Rabb...

Status terbaru, Juwe sudah bertemu dengan calon ISTERI yang bagiku adalah sangat sesuai.. Alhamdulillah, pada pandangan ku, itu pilihan yang terbaik untuk Juwe.. Nur Syafiyah Binti Shafie aka Fifi aka Opie Kopi.. Bukan orang luar pun, adik kepada Nana Lo, kawan baik aku jugak.. Ahli geng Awok2 jugak! Gi mari gi mari, hok tu leeeeee... hahahaha.. Declared 'bercinta' hanya 2 3 bulan, then terus ikat tali pertunangan sebagai perjanjian untuk ke arah sebuah perkahwinan.. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...


WARNA TEMA DAN KAIN BAJU.



Pada awalnya, warna Ocean Green dirancang sebagai warna tema untuk hari kenduri. Permintaan dari BigBoss a.k.a Abah. Warnanya cantik, tampak esklusif. Ehhemm, bapak aku hightaste.. fuhhhh.. Ni haaa contoh warna ocean green;





Jenuh mencari, jelajah semua gedung kain yang ada di sekitar Kuantan. Warna ni bukan je nampak esklusif, tapi memang susah nak dapat! So, pencariannya adalah gagal… Akhirnya, Lime Green jadi peganti.
 
2meter french lace
                                                                     
4meter satin silk

Lime Green sebagai warna tema pada hari kenduri besar untuk bridesmaid dan warga keluarga pengantin perempuan. Family aku lah senang citer.. huhu…



Haaaa, yang ni pulak Royal Blue / Electric Blue, warna tema untuk majlis akad nikah. French lace kat atas ni konfem2 lah yang mak datin Ruby punye.. hoho!

So, the finalize theme color for each event are as stated below;

EVENT
COLOR
PARTICIPANT
Khatam Al-Quran & Qasidah
Brown
Bride & siblings
Khatam Al-Quran & Qasidah
Black
Bridesmaid & family
Akad Nikah
Royal Blue
Bridesmaid & family
Kenduri
Lime Green
Bridesmaid & family



Ehhemmm! Hanya Lime Green untuk kenduri hari besar sahaja yang ditaja untuk sekalian bridesmaid okay! Untuk majlis lain, SDN BHD lah ye. Tak kuasa hakak nak sponsor semuanya. Yang ni sajo pun dah riban dah.. Botak kepalo eden ni hoiii…

Eh! Semuanya warna tema untuk family dan bridesmaid je? Warna untuk pengantin nye ape?
Haaaaaaa.. tungguuuuuuu….