Sunday, 16 June 2013

SEKAPUR SIRIH

Dalam kehidupan masyarakat dahulu kala, sirih merupakan bahan penting dalam adat bertandang dan ziarah. Apabila ada orang datang kerumah, maka biasanya tuan rumah akan menjemput mereka naik ke rumah menjamah sirih dan pinang. Amalan ini menjadi salah satu adat pembuka bicara. Tetamu yang datang juga turut mengamalkan membawa daun sirih sebagai buah tangan kepada tuan rumah. Maka itulah apabila rombongan merisik atau meminang datang, mereka akan membawa bersama daun sirih sebagai buah tangan kepada tuan rumah. Bagi tuan rumah pula, mereka akan membalasnya dengan menyuakan pula sirih mereka. Seterusnya, mereka akan sama-sama menjamah dulu sirih ini dengan campuran pinang dan kapur sebelum memulakan bicara dan rundingan. Amalan ini sebenarnya mencerminkan kelembutan adat budaya Melayu kita.

Sirih ini dikaitkan dengan sifat kesopanan dan kelembutan hinggakan cara pemakanan sirih itu sendiri ada caranya yang mencerminkan maksud tersirat. Kapur disapu ke daun sirih menggunakan jari manis. Jari manis melambangkan sesuatu yang indah dan sopan, maka itu jari manis hendaklah digunakan dalam menjalinkan campuran antara kapur dan sirih.

Sirih juga seringkali dicerminkan sebagai ‘daun adat’ atau pun ‘daun budi’ yang tak dapat dipisahkan dengan adat budaya Melayu. Selain itu ia juga sering digunakan dalam kata-kata beradat dan berlapik seperti pantun berikut.
Makan sirih berpinang tidak,
Pinang ada di bawah tangga,
Makan sirih mengeyang tidak, 
Kerana budi dengan bahasa.

Simbol dan pengantara
Orang Melayu terutama di zaman dahulu sangat tertib dan halus dalam berkomunikasi. Sirih digunakan sebagai:-
  1. Hadiah ibu bapa kepada guru Al-Quran, sebagai tanda menyatakan keikhlasan hati menyerahkan anak-anak mereka mengaji dibimbing oleh guru tersebut.
  2. Sirih Perangsang menyemarak semangat dan menenang hati kepada perajurit ketika berperang.
  3. Mengundang seseorang ke majlis, tepak sirih dihulur, jika sirih dimakan ia menandakan undangan tersebut diterima.


Kajian Saintifik
Sirih seakan kurang berperanan dalam kehidupan zaman sekarang, kerana kebanyakannya menganggap Sirih sebagai material kuno / tradisional. Ada jugak golongan yang menganggap sirih ini sebagai mistik! Hallooooooo, tahukah anda bahawa betapa berkhasiatnya sirih ini? Please, open your mind guys.
Hasil penemuan kajian - kajian saintifik oleh pakar - pakar kajian herba mengatakan sirih atau nama saintifiknya Piper Batle mengandungi komponen - komponen aktif semulajadi yang amat berguna dalam perubatan dan pelbagai kegunaannya. Ianya juga mengandungi antiseptik semulajadi yang berupaya membunuh kuman, bakteria dan kulat dengan khasiat hemostasis yang dapat melancar darah dan menghentikan perdarahan.

Antara khasiat-khasiat sirih / petua perubatan menggunakan sirih :-

·         Menghilangkan pedih ari-ari
·         Menghilangkan asma / lelah
·         Mengubati sakit barah / kanser
·         Mempercepatkan proses penyembuhan luka-luka dalaman
·         Menghilangkan batuk
·         Menghilangkan masalah badan dan mulut berbau
·         Menghilangkan bau mayat
·         Melegakan selsema pada bayi
·         Melegakan masalah berak berdarah / sembelit
·         Meredakan demam dan sakit kepala
·         Meredakan hidung berdarah
·         Membuang kutu babi
·         Sembuhkan ulser pada bibir atau dalam mulut
·         Menegangkan payudara
·         Melegakan masalah bengkak susu bagi ibu yang menyusukan anak.
·         Menghilangkan sakit perut.
·         Menghilangkan masalah ruam peluh / gatal-gatal pada kulit badan
·         Menghilangkan sakit gigi / gusi berdarah
·         Melegakan masalah angin dalam badan
·         Melancarkan peredaran darah
·         Meredakan sakit jantung
·         Meredakan sakit mata
·         Menghilangkan sakit / iritasi akibat gigitan serangga
·         Sejukkan badan
·         Melegakan perut kembung



*** Juga amat bermanfaat untuk kesihatan batin kaum lelaki!
Terung perak, bunga lawang, kulit kayu manis, kulit delima, air bawang merah, halia padi, lada sulah tujuh biji, sirih bertemu urat, minyak lenga (minyak bijan) dan digiling lumat-lumat serta disimpan dalam bekas bertutup. Apabila hendak bersetubuh maka sapukan pada alat kelamin lelaki, maka nikmat untuk perempuan.

Temu hitam dihiris dan dijemur kering, akar legundi, akar maja digiling halus dijadikan tepung maka makan dengan sirih pinang selama tiga hari berturut-turut. Memperbanyakkan air mani dan meningkatkan kenikmatan bersetubuh.

Akar telang putih dan akar jeruju makan dengan sirih pinang. Amalkan untuk beberapa hari. Membesar dan menguatkan alat kelamin lelaki.

Akar rembega dimakan dengan sirih pinang, perahkan ludahnya kedalam lubang alat kelamin lelaki. Ia menjadi bertambah kuat dan besar.

(NOTA: sila rujuk pada yang pakar! I'm not really sure either these will work out on you or not!) 
SUMBER :  http://petua.webs.com/petuasireh.htm

Yang tersebut merupakan antara manfaat sirih kepada kita. Eh! Ermmm.. untuk bakal pengantin 
perempuan, tak ade ke? Adeeeeee.. siapa cakap tak ade. Kalau tak, takkan la sirih begitu sinonim 
dengan majlis perkahwinan kan? hehehe....

Sirih jugak mampu untuk ;-
·         Menaikkan seri wajah pengantin
·         Menyelesaikan masalah keputihan
·         Menghilangkan gatal-gatal pada vagina
·         Menghilangkan bau yang tidak enak pada vagina
·         Stabilkan kitaran haid
·         Ketatkan Miss-V anda!
·         Meningkatkan tahap metabolisme yang rendah (kuruskan badan / maintain body yg slim okay!)

How to do? Sebenarnya ada pelbagai cara dan kaedah. Ade yang rumit, ade yang mudah.
Well, untuk orang yang tak berapa nak rajin macam aku ni, sure la pilih yang mudah dan
simple! Hehehe..Ouh! Sebelum tu, aku nak bagitau kat korang yg cengkih jugak mempunyai
khasiat-khasiat yang bermanfaat seiring seperti peranan sirih. So, here I share with u girls,
my way to practice this ‘petua’.



1 periuk kecil + air (penuh 1 periuk) + 3-5 helai daun sirih yang lebar + 1 sudu makan bunga cengkih = rebus bersama sehingga air rebusan tinggal separuh periuk.

  • Minum ketika air sudah suam.
  • 1 cawan sebelum/sesudah solat subuh, 1 cawan sebelum tidur malam.
  • Kemam air rebusan itu sekurang-kurangnya 5 saat sebelum telan. (sangat bagus untuk masalah   mulut berbau, gusi berdarah dan kuatkan gigi).
  • Sebelum minum, selawat 7x dan berdoa pada Allah swt semoga sembuh segala penyakit yang    ada serta wajah bertambah seri.

***Terpulang pada individu untuk tambah sedikit gula atau tidak. But for me, it is okay with this pure taste of  Sirih & Cengkih. (rase mint + manis cengkih). 1 lagi sebab kenapa aku tidak menambah gula kerana aku menggunakan air rebusan ini sebagai feminine wash.

  • Di permulaan mandi, gunakan Lacticyd feminine wash (atau apa-apa aje produk kesukaan yang sesuai dengan diri masing-masing).
  • Gunakan air rebusan sirih dan cengkih sebagai bilasan terakhir untuk Miss-V anda.
  • Juga boleh gunakan untuk mencuci muka (antiseptic yang terkandung dalam air rebusan ini mampu mengatasi masalah kulit muka berminyak dan berjerawat).
Ganjaran mengamalkan petua ini ;-
1) badan sihat
2) kecantikan dapat dipelihara dari dalam.
3) wajah berseri
4) kekal 'dara'.

Siapa yang boleh amalkan petua air sirih ini?
1) anak dara
2) bakal pengantin
3) pengantin baru
4) ibu yang baru bersalin
5) pengantin lama! 

See! betapa bermanfaatnya sirih kepada kita. Alhamdulillah, sampai ke hari ini, amalan membawa sirih sebagai hantaran meminang dan bernikah masih lagi diteruskan. Cuma yang berbeza, ianya jarang dimakan pada zaman sekarang. Tapi, aku guna sirih itu untuk dijadikan minuman herba ku! Dan aku amat berharap, hantaran nikah nanti, dapat sirih yang original dari pihak Rusila yeee!
So, selamat beramal!
XoXo :)

No comments:

Post a Comment