Wednesday, 19 June 2013

Lipat-lipat Kad


Ku lipat-lipat....
Ku masukkan ke dalam sampul...
Ku taip-taip name senarai tetamu...
Ku gunting-gunting...
Ku tampal-tampal...
Jumlah semuanya, 1000 keping!!
Semestinya ku lakukan seorang diri! 
oh yeahhhh!
Harus siap lengkap sebelum 1 Julai 2013...
fuhhhhhhhh~~~~~

Yang ni, aku add on dalam kad jemputan khas untuk Boss2 aku dari China.. dorang CANNOT SPEAK & UNDERSTAND ENGLISH, Bahasa Malaysia?? laaagi laaaaa.....



XoXo :-/

HIV Test

Sebelum ni, aku dah buat survey & study pasal preparation borang nikah dan HIV Test ni.. Aku tanye En. Google, dan juga rakan-rakan sepejabat yang sudah melangsungkan perkahwinan pada tahun 2013. Harus la bertanya dan merujuk kes-kes yang latest kan.. Yang zaman dahulukala tu semua tak perlu.
Info yang aku dapat, result HIV Test valid untuk tempoh 3 bulan sebelum tarikh perkahwinan.. maximum hanya 3 bulan je la maksudnye..itu yang diberitahu dalam website Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Kawan-kawan yang dah berkahwin (pada 2013) jugak bagitau aku, untuk buat ujian HIV, tak perlu nak buat appointment bagai, terus je pergi ke mana-mana klinik kerajaan (semoleknya awal-awal pagi) untuk buat ujian HIV. Tak sampai 1 jam, terus dapat result. Kuya aku yang dah kahwin tahun lepas pun bagitau info yang same.

So, pada 17 Jun 2013, hari Isnin, aku gunakan waktu rehat untuk ke Pejabat Agama Daerah Kemaman. Pejabat Agama adalah zon menutup aurat ya tuan-tuan dan puan-puan. Dan aku pula ketika itu berpakaian rasmi pejabat ku.. Kerja dalam site, harusla pkai jeans. So, aku perlu la memakai jubah hitam (macam jubah peguam tu) yang disediakan di pintu masuk Pejabat Agama.
Alhamdulillah, layanan yang bagus dari staff-staff Pejabat Agama Kemaman. Selepas dapat penerangan berkenaan borang nikah, pucuk-pucuk masalah mula timbul.. fuhhhhhh..


Katenya kerani pejabat Agama tu,
Kerani : "borang nikah kedua-dua pengantin mesti dihantar ke sini 1 bulan sebelum tarikh"
Aku : "okay.. ade 57 hari lagi.. sempat.."
Kerani : "semua maklumat yang dikehendaki mesti dihantar bersama.. borang yang lengkap.. tapi sekarang ni, HIV test kat daerah Kemaman ni semua ade masalah la.. result test kene tunggu 1 bulan dik.."
Aku : "huh!! mane sempat kak!"
Kerani : "haaaa,.. tu la.. tak sempat tu.. kt Kemaman ni, alat untuk rapid test tu dah habis stok.. so, sample blood tu semua hantar ke lab kat KT.. sebab tu la kene tunggu sebulan tu..."
Aku : "Allah......camne ni kak... :'( "
Kerani : "orang laki, orang dari mane?"
Aku : "Marang..."
Kerani : "haaaaa.. pegi buat kat sane je la..kat sane mesti ade stok..kat sini orang kawen tiap2 minggu.. tu yang habis stok kot.."
Aku : "huh? ouhh..ok ok..." (dalam hati,, @!#&*> ape punya alasan ni? kalau dah tau stok tinggal sikit, nape tak order stok baru awal-awal? dorang buat kerja takde schedule ke????? )

Malam tu, kepala seiring dengan hati duk mikiorrr nye..Takpe...Takpe... Jangan dengar 1 info je. Call sendiri semua klinik yang ade untuk pengesahan. Aisyhhhh... Tak tenang wehh.. Sampai pening-pening dah.. Telan panadol, tidur!
Esok paginya, aku dah mulakan operasi. Call semua klinik kerajaan kat Kemaman ni..


'Tempoh Ujian Saringan HIV ini sah laku selama 6 bulan dari tarikh ujian dijalankan'.
Hah! Tengok!! Dalam website cakap 3 bulan, kat borang cakap 6 bulan pulak! Hmmm.. website tak update kot.. Heiiiiii.. Dalam badan kerajaan takde IT & Communication Department ke yang bertanggungjawab untuk monitor bendealah ni semua??? Aduihhhhh.. tolongggggg lah!

Fuhhhhh.. Ain,,, istighfar... Astighfirullah... sabar Ain.. kita call je dulu..
Aku call seeeeeemua nombor yang ade tu.. Tak cukup kat kertas tu, aku tanye En.Google..
1st call, negatif.. ("kene tunggu sebulan ye dik.. alat habis stok..")
2nd call, negatif..
3rd call, negatif..
4th call, klinik Air Putih.. nun hulu Kemaman.. punnnnn negatif. Yang tak bleh tahan nye, siap bagi ceramah free kat aku..
Aku : "ya Allah...camne ni.. saya nak cepat..nk result yang terus dapat.. Encik tak boleh ke suggest kt saya mane-mane klinik yang boleh bg result dalam mase 1 hari? saya tak boleh tunggu sebulan.. tak sempat..."
Nurse (lelaki okayyy) : "doh gane yang dok sempat niiii.. awak nak kawen, takdok planning ke???"
Aku : (hamboii mung! mulut puaka) "ehh.. mestilah ade! saye dah buat survey & study tau.. kawan-kawan saya cakap, nk buat HIV test tak payah nk buat appointment bagai ni.. terus je pegi awal-awal pagi, tak sampai sejam terus dapat result.. abang saya kawen tahun lepas pun mcm tu jugok! doh yang sekarang ni tetibe jadi gini bakpe? Dalam website kabo, valid 3 bulan je, tapi dalam borang ni kabo valid sampai 6 bulan la pulok! doh gane orang keje kerajaan bz bebenor ke sampai takdok mase nok update info2 penting gini seiringan manual dengan media elektronik? Kite ni duk zaman jepun lagi ke??"
Nurse : "hmmmm..."
Aku : "doh saya nk encik suggest ke saya klinik mane yang boleh bagi result secepat yg mungkin... bukannye nak dengar encik blebel!"
Nurse : "masalahnye, semua klinik dalam Tganu ni gitu blake.. sample daroh tu kene ato ke lab KT nung.."
Aku : (Ya Allah...semalam kerani pejabat agama kabo kt daerah sekitar KT boleh je..nangis dahh...) "doh..kalau saya g wat kat area Kuantan ke, KL ke, boleh ke?"
Nurse : "ikut pandai lah.. mane-mane pun dalam Malaysia, asalkan klinik kerajaan.."
5th call, negatif...
6th call, negatif...
7th call, klinik Kijal.. punnn negatif! aku baru je nak tanya pasal time duration untuk tunggu result test, bukannya nak buat appointment pun..  seriously memang kurang ajar staff klinik Kijal.. "pegi tanye klinik lain dulu lah.. kitorang kat sini sibuk!" Weiiiiiiiiiii.... Ape ke &*^%!
8th call, klinik Kerteh.. negatif jugak.. Allah hu rabbi... Aku memang tak boleh nak kontrol dah, cakap dengan nurse klinik Kerteh pun dengan suara sendu, nangis esak-esak.. Tapi nurse tu baik budi bahasanya.. Dia tau aku dalam keadaan stress.. Tanpa diminta, dia usulkan aku untuk buat HIV test di klinik Hiliran, Kuala Terengganu. Diberinya nombor telefon. Tak cukup dengan itu, dia sempat jugak wish good luck kat aku! huuuuuuuuuuuuu..
9th, call klinik Hiliran.. pada permulaannya, Alhamdulillah.. positif! Boleh dapat terus result test.. Tapiiiii,
Nurse : "awok ni dari mane?"
Aku : "saya dari chukai, kemaman.."
Nurse : (dengan nada suara yang tinggi) "lakkkk! doh bakpe dok g wat dinungnye? wat kat kemaman la..bakpe nok hungga mari sininye?"
Aku : (sentap hokay!) "dok...gini..kat kemaman ni, semua klinik kerajaan ade problem..alat nok wat test tu abih stok doh.. pahtu klinik Kerteh yang cadang ke saya suh wat kt klinik Hiliran ni..."
Nurse : "olohhh heh.. sining, biasenye pegawai dok terima orang luor... untuk orang local je.."
Aku : "haa..hmmm..doh gane kak..." (nangis skali lagi)
Nurse : "gane dok gane ah..saya dok jamin ah..tapi kalu awk nok tra mari..mari je la dulu..."
Aku : "ermmm..time kasih" (ouhhh orang KT, sinis sekali percakapan mu itu.. penuh keangkuhan!)
10th call, klinik Seri Bandi.. nungggggggggg hulu Kemaman.. Alhamdulillah!!!! positif! boleh terus pegi untuk buat test, dan terus dapat result! Ape lagi, takkan nak tangguh-tangguh lagi kan? Aku call Marcus, my boss.. Bagitau kat dia yang aku perlu amek halfday leave untuk buat HIV test bagai nih.. 
Marcus : "ooohhh..okay..u keluar saje la.. but before that, u check dulu dengan department elektrik & civil, either they are need u for urgent case or not..."
sungguh, Allah bantu permudahkan urusan.. syukur Ya Allah...thanks a lot Marcus!
Aku tak payah isi form untuk keluar waktu kerja, tak perlu amek cuti.. Means, gaji tak kene potong, annual leave pun tak jejas.. yippie!!!

Sebelum bergerak ke Sri Bandi, sempat jugak aku call Maksue untuk dapatkan info HIV test di klinik sekitar Marang dan Kuala Terengganu.. Alhamdulillah, klinik Marang dan Merchang boleh buat test dan terus dapat result dalam masa yang singkat. So, boleh la Encik Tunang, ke klinik tersebut nanti..


Untuk pertama kalinya dalam seumur hidupku, tayar kereta dan kaki ku jejak ke Sri Bandi! Perjalanan pergi dan balik, lebih kurang 2 jam! Dengan tak tahu jalannya, hanya berpandukan signboard, aku drive sorang diri pegi ke klinik ni... ouh!! superwoman nya aku!

Kite fill in the blank dulu kat borang ni....
 Then..........

aduhhh! kene cucuk dahhhh... well, aku kene cucuk ni pun time cuaca tengah panas kottt..so, darah banyak, sampai kene guna 2 ketol kapas..hehe.. and, as usual, HB aku lowwww.. darah siap menitik.. kene log book doctor tuh! sorry doc! hehehe

Menunggu giliran untuk dipanggil, termasuk proses pendaftaran, ade la dalam 30-40 minit..
Start HIV test pukul 3.19 petang.. tunggu kejap depan kaunter makmal.. Pukul 3.27 petang, tadaaaaaaaa! dah dapat result! 8 minit je proses? whoaaaaa.. pantas! nahhhhhh.. tak payah tunggu sampai sebulan pun haaaaaaaaa...

curi-curi tengok result! Alhamdulillah, 'Tidak Reaktif'! hehehe


Siap! Sedia dihantar bersama borang nikah ke pejabat agama nanti! Hanya tunggu borang lengkap diisi dari pihak lelaki je.. 

Ni la nasib aku haaaa.. anak sulong... segala persiapan, aku buat sorang-sorang.. Dari sekecik-kecik hal, sampai la ke semua perkara-perkara penting yang wajib disediakan untuk perkahwinan..
Ku tanya En.Google, ku tanya teman-teman.. Tak ade abang, tak ade kakak yang boleh tolong guide.. Sendiri wat bijjok! Kalau tak, tak bergerak la progress persiapan. Nak harapkan Encik Tunang, hurmmm... Die sibuk bekerja..Eh! aku pun kerja jugak.. Tapi, corak pekerjaan kami berbeza.. Kene fahami dia la kan.. By hook or by crook, aku bergerak atas kaki sendiri sorang-sorang...
Kepada semua kaki tangan kerajaan, plizzzzzzzzz.. watch out your mouth, jaga bahasa! Tolong la buat kerja dengan betul-betul.. Kerana korang la aku kene hadap stress menggunung.. 
Terima kasih staff-staff Klinik Kesihatan Sri Bandi dengan layanan yang baik dan mesra pelanggan!

XoXo :)




Sunday, 16 June 2013

SEKAPUR SIRIH

Dalam kehidupan masyarakat dahulu kala, sirih merupakan bahan penting dalam adat bertandang dan ziarah. Apabila ada orang datang kerumah, maka biasanya tuan rumah akan menjemput mereka naik ke rumah menjamah sirih dan pinang. Amalan ini menjadi salah satu adat pembuka bicara. Tetamu yang datang juga turut mengamalkan membawa daun sirih sebagai buah tangan kepada tuan rumah. Maka itulah apabila rombongan merisik atau meminang datang, mereka akan membawa bersama daun sirih sebagai buah tangan kepada tuan rumah. Bagi tuan rumah pula, mereka akan membalasnya dengan menyuakan pula sirih mereka. Seterusnya, mereka akan sama-sama menjamah dulu sirih ini dengan campuran pinang dan kapur sebelum memulakan bicara dan rundingan. Amalan ini sebenarnya mencerminkan kelembutan adat budaya Melayu kita.

Sirih ini dikaitkan dengan sifat kesopanan dan kelembutan hinggakan cara pemakanan sirih itu sendiri ada caranya yang mencerminkan maksud tersirat. Kapur disapu ke daun sirih menggunakan jari manis. Jari manis melambangkan sesuatu yang indah dan sopan, maka itu jari manis hendaklah digunakan dalam menjalinkan campuran antara kapur dan sirih.

Sirih juga seringkali dicerminkan sebagai ‘daun adat’ atau pun ‘daun budi’ yang tak dapat dipisahkan dengan adat budaya Melayu. Selain itu ia juga sering digunakan dalam kata-kata beradat dan berlapik seperti pantun berikut.
Makan sirih berpinang tidak,
Pinang ada di bawah tangga,
Makan sirih mengeyang tidak, 
Kerana budi dengan bahasa.

Simbol dan pengantara
Orang Melayu terutama di zaman dahulu sangat tertib dan halus dalam berkomunikasi. Sirih digunakan sebagai:-
  1. Hadiah ibu bapa kepada guru Al-Quran, sebagai tanda menyatakan keikhlasan hati menyerahkan anak-anak mereka mengaji dibimbing oleh guru tersebut.
  2. Sirih Perangsang menyemarak semangat dan menenang hati kepada perajurit ketika berperang.
  3. Mengundang seseorang ke majlis, tepak sirih dihulur, jika sirih dimakan ia menandakan undangan tersebut diterima.


Kajian Saintifik
Sirih seakan kurang berperanan dalam kehidupan zaman sekarang, kerana kebanyakannya menganggap Sirih sebagai material kuno / tradisional. Ada jugak golongan yang menganggap sirih ini sebagai mistik! Hallooooooo, tahukah anda bahawa betapa berkhasiatnya sirih ini? Please, open your mind guys.
Hasil penemuan kajian - kajian saintifik oleh pakar - pakar kajian herba mengatakan sirih atau nama saintifiknya Piper Batle mengandungi komponen - komponen aktif semulajadi yang amat berguna dalam perubatan dan pelbagai kegunaannya. Ianya juga mengandungi antiseptik semulajadi yang berupaya membunuh kuman, bakteria dan kulat dengan khasiat hemostasis yang dapat melancar darah dan menghentikan perdarahan.

Antara khasiat-khasiat sirih / petua perubatan menggunakan sirih :-

·         Menghilangkan pedih ari-ari
·         Menghilangkan asma / lelah
·         Mengubati sakit barah / kanser
·         Mempercepatkan proses penyembuhan luka-luka dalaman
·         Menghilangkan batuk
·         Menghilangkan masalah badan dan mulut berbau
·         Menghilangkan bau mayat
·         Melegakan selsema pada bayi
·         Melegakan masalah berak berdarah / sembelit
·         Meredakan demam dan sakit kepala
·         Meredakan hidung berdarah
·         Membuang kutu babi
·         Sembuhkan ulser pada bibir atau dalam mulut
·         Menegangkan payudara
·         Melegakan masalah bengkak susu bagi ibu yang menyusukan anak.
·         Menghilangkan sakit perut.
·         Menghilangkan masalah ruam peluh / gatal-gatal pada kulit badan
·         Menghilangkan sakit gigi / gusi berdarah
·         Melegakan masalah angin dalam badan
·         Melancarkan peredaran darah
·         Meredakan sakit jantung
·         Meredakan sakit mata
·         Menghilangkan sakit / iritasi akibat gigitan serangga
·         Sejukkan badan
·         Melegakan perut kembung



*** Juga amat bermanfaat untuk kesihatan batin kaum lelaki!
Terung perak, bunga lawang, kulit kayu manis, kulit delima, air bawang merah, halia padi, lada sulah tujuh biji, sirih bertemu urat, minyak lenga (minyak bijan) dan digiling lumat-lumat serta disimpan dalam bekas bertutup. Apabila hendak bersetubuh maka sapukan pada alat kelamin lelaki, maka nikmat untuk perempuan.

Temu hitam dihiris dan dijemur kering, akar legundi, akar maja digiling halus dijadikan tepung maka makan dengan sirih pinang selama tiga hari berturut-turut. Memperbanyakkan air mani dan meningkatkan kenikmatan bersetubuh.

Akar telang putih dan akar jeruju makan dengan sirih pinang. Amalkan untuk beberapa hari. Membesar dan menguatkan alat kelamin lelaki.

Akar rembega dimakan dengan sirih pinang, perahkan ludahnya kedalam lubang alat kelamin lelaki. Ia menjadi bertambah kuat dan besar.

(NOTA: sila rujuk pada yang pakar! I'm not really sure either these will work out on you or not!) 
SUMBER :  http://petua.webs.com/petuasireh.htm

Yang tersebut merupakan antara manfaat sirih kepada kita. Eh! Ermmm.. untuk bakal pengantin 
perempuan, tak ade ke? Adeeeeee.. siapa cakap tak ade. Kalau tak, takkan la sirih begitu sinonim 
dengan majlis perkahwinan kan? hehehe....

Sirih jugak mampu untuk ;-
·         Menaikkan seri wajah pengantin
·         Menyelesaikan masalah keputihan
·         Menghilangkan gatal-gatal pada vagina
·         Menghilangkan bau yang tidak enak pada vagina
·         Stabilkan kitaran haid
·         Ketatkan Miss-V anda!
·         Meningkatkan tahap metabolisme yang rendah (kuruskan badan / maintain body yg slim okay!)

How to do? Sebenarnya ada pelbagai cara dan kaedah. Ade yang rumit, ade yang mudah.
Well, untuk orang yang tak berapa nak rajin macam aku ni, sure la pilih yang mudah dan
simple! Hehehe..Ouh! Sebelum tu, aku nak bagitau kat korang yg cengkih jugak mempunyai
khasiat-khasiat yang bermanfaat seiring seperti peranan sirih. So, here I share with u girls,
my way to practice this ‘petua’.



1 periuk kecil + air (penuh 1 periuk) + 3-5 helai daun sirih yang lebar + 1 sudu makan bunga cengkih = rebus bersama sehingga air rebusan tinggal separuh periuk.

  • Minum ketika air sudah suam.
  • 1 cawan sebelum/sesudah solat subuh, 1 cawan sebelum tidur malam.
  • Kemam air rebusan itu sekurang-kurangnya 5 saat sebelum telan. (sangat bagus untuk masalah   mulut berbau, gusi berdarah dan kuatkan gigi).
  • Sebelum minum, selawat 7x dan berdoa pada Allah swt semoga sembuh segala penyakit yang    ada serta wajah bertambah seri.

***Terpulang pada individu untuk tambah sedikit gula atau tidak. But for me, it is okay with this pure taste of  Sirih & Cengkih. (rase mint + manis cengkih). 1 lagi sebab kenapa aku tidak menambah gula kerana aku menggunakan air rebusan ini sebagai feminine wash.

  • Di permulaan mandi, gunakan Lacticyd feminine wash (atau apa-apa aje produk kesukaan yang sesuai dengan diri masing-masing).
  • Gunakan air rebusan sirih dan cengkih sebagai bilasan terakhir untuk Miss-V anda.
  • Juga boleh gunakan untuk mencuci muka (antiseptic yang terkandung dalam air rebusan ini mampu mengatasi masalah kulit muka berminyak dan berjerawat).
Ganjaran mengamalkan petua ini ;-
1) badan sihat
2) kecantikan dapat dipelihara dari dalam.
3) wajah berseri
4) kekal 'dara'.

Siapa yang boleh amalkan petua air sirih ini?
1) anak dara
2) bakal pengantin
3) pengantin baru
4) ibu yang baru bersalin
5) pengantin lama! 

See! betapa bermanfaatnya sirih kepada kita. Alhamdulillah, sampai ke hari ini, amalan membawa sirih sebagai hantaran meminang dan bernikah masih lagi diteruskan. Cuma yang berbeza, ianya jarang dimakan pada zaman sekarang. Tapi, aku guna sirih itu untuk dijadikan minuman herba ku! Dan aku amat berharap, hantaran nikah nanti, dapat sirih yang original dari pihak Rusila yeee!
So, selamat beramal!
XoXo :)