Jumlah kad jemputan semua, bergantung kepada jumlah jemputan tetamu yang ingin dijemput oleh kedua orang tua ku. Iyelah, kalau nak ikutkan jemputan aku, berapa ramai lah sangat, antara 200 - 300 orang je. Itu pun kalau semuanya hadir. So, jemputan yang sampai cecah ribu tu semuanya urusan mama dan abah. Aku, turutkan ajeeee...
Kadkahwin4u.com dipilih sebagai orang yang bertangungjawab untuk menghasilkan Watikah Jemputan Perkahwinan ku. Kedai ni terpilih berdasarkan pakej2 menarik yang disediakan berserta dengan harga yang berpatutan.
Bagi aku, kos kad kahwin ni tak perlu mahal2.. Membazir...Last2, orang buang jugak nanti. Dannnnn,,,, aku tak mahu letak gambar muka aku bersama Encik Tunang macam orang ramai buat sekarang ni.(dah tak boleh panggil Abam Botak dah.. rambut tumbuh sudaaaa..hehe).Kenapa tak nak letak gambar? Sebab, yela, nanti orang buang kad tu merata-rata, macam hina pulak gambar kami kat situ, orang pijak ke, masuk dalam tong sampah ke.. isyh..isyhh...iyshhhh... Karang, mane la tau ade secret admire yang tak puas hati kat kami, dibuatnye sesuatu dengan gambar tuh...erkkkk.. nauzubillah min zalik... Ya Allah, lindungi kami dari sebarang keburukan. Amin ya rabb.
Pakej Kenanga :-
Kad jemputan = 1000 keping
Bunting = 2 keping
Kotak cenderahati = 2000 unit
Sticker = 1000 keping
** percuma
Kalendar poket = 1000 keping
Dah siap tempah, dah siap buat down payment, ehhhhhh bapak aku pulak nak tambah kad VIP! aduhhhhhhh... Dalam hati aku membangkang. Ustaz Azhar dah pesan, tak berkat majlis kalau kita membeza-bezakan jemputan kita, antara miskin dengan yang kaya. Yang kaya, dihulurkan kad jemputan yang mahal, dihidangkan makanan yang lebih sedap, yang lebih mewah berbanding dengan si miskin. Abahhhhhh! takboh la giniiii..... (nangisssss) .. Akhirnya, aku suarakan jugak protes ku.
Then, ''it doesn't mean, yang mahal tu untuk yang kaya! tak semestinya design VIP tu mesti harga yang mahal! VIP bukannya khusus untuk orang kaya! VIP tu maknanye special! sahabat baik, special! keluarga, special! semua sahabat baik kite tu orang kaya ke? semua ahli keluarga tu kaya ke? (ehhhh...bukan ke VIP tu maksudnye very important person ke aboh? heh...ainnnn..stop your loya buruk!) hah! lagi satu, sape nak serve menu mewah dengan tak mewah? semua jemputan makan menu yang same je.. pengantin je ade menu lain dari orang lain.. ke mu nok makan gulai daging jugok?"
errkk...mane aku makan gulai daging.. oouhhhhh....gitu ke abah? ooooo... ok ok...
Mama ''takyoh nak cakap banyak la..ikut je la abah tu..die yang bayar kos kad jemputan semua nihh...ke along nk bayar sendiri?"
Eh! eh! taknakkkkk... nak abah yang bayarkan kos kad ni..hihihi.. kalau macam tu niatnya, ok ok..ku turutkan sajeeeee....
So, untuk kad VIP nye pulok, kita suruh Kadlawo.com yang buat ye..design yang up to date, yang penting, harga nya tu berpatutan.
Parker & Kate tu nanti bertukar la jadi Ain & yusof.. hehehe |